Follow:
RESEPI

Resepi Kerabu Mangga Yang Sihat

Siapa suka makan kerabu mangga boleh rajin-rajin buat ni..

Apa bahan-bahan yang perlu ada untuk sediakan kerabu mangga ini ialah :

#1. Mangga muda ( 500gm)

#2. Bawang merah ( 20gm)

#3. Cili padi (5gm)

#4. Cili merah (5gm)

#5. Serai (10gm)

#6. Halia (10gm)

#7. Jus lemon (1sudu besar)

#8. Sos Sos cili thai (2sudu)

#9. Sos plum (1sudu)

#10. Serbuk lada (1gm)

#11. Garam (1gm)

**Yang nak rasa pedas lagi macam momyMez suka yang pedas-pedas makan kerabu mangga ni. Bolehlah tambah cili padi kasi umpph rasa pedas tu..Hihi

 

Cara nak buatnya :

Basuh mangga tadi dengan bersih dan kupaskan kulitnya kemudian hirislah nipis memanjang.

Cincang cili padi, halia dan cili merah tadi. Dan ketuk serai.

Lepas tu, campurkan atau satukan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas atau mangkuk dan gaul sehingga rasa bersatu..sebati..

Siap! Sedia dihidangkan..

 

Sedap ni nak makan nak berbuka puasa kan.. Nyumm!

Memandangkan dirumah ni ada banyak mangga muda. Hmm..Sukalah tu.. Hihihi

 

Selamat mencuba!

Share on
Previous Post Next Post

  • Reply Diana

    terliur wei.. tq resepi momymez

    May 25, 2018 at 12:06 pm
  • Reply Suhanah Muslin

    sedapnyaa

    May 28, 2018 at 12:01 am
  • Leave a Reply