Follow:
KURUS & SIHAT

Pengalaman Saya Hilang 4kg Sebulan

‘Saya tidak berjaya kurus lagi ni.’ ‘Kenapalah susah sangat mahu turunkan berat badan ni.’

Sampai ada masanya anda akan bertambah tertekan bila menunggu perubahan yang tidak kujung tiba dalam usaha turunkan berat badan kan.

Tekanan juga salah satu punca berat anda susah mahu turun dan sebaliknya akan naik dan terus naik angkanya dipenimbang.

Sebab bila stress, anda akan lebih cenderung untuk ambil makanan tinggi kalori dan lemak. Ini cara salah tangani stress.

Badan anda akan simpan lebih lemak bila anda stress. Jadi, macam mana nak tangani stres?

Banyakkan aktiviti luar seperti berjalan kaki, bersenam dsb. Jangan lupa amalkan B Complex untuk relakskan saraf. B Complex sangat baik untuk anti-stres.

Jadi kali ini momyMez mahu bagi semangat pada anda yang masih belum ada perubahan dalam masalah berat badan tu sebab momyMez sendiri berjaya turunkan berat badan.

Ubah ke arah gaya hidup sihat. Ok. Bermula dengan bab makan, jangan makan sampai kenyang baru mahu berhenti makan. Makanan bergoreng, berminyak kurangkan sebaiknya dielakkan lah kan..

Banyakkan minum air. Bukan minum air bila dahaga sahaja. Minum air untuk keperluan tubuh badan barulah cepat dapat kuruskan badan..Gituuu.. Lagi banyak minum air lagi bagus..air kosong ya bukan air manis pula.

Yup, momymez ni bukan orang yang aktif bersukan, nak bersenam lagilah. Heee..
Kebanyakkan masa momyMez akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh. Contoh kemas rumah, naik turun tangga, kerja-kerja rumah dsb.

Momymez tukar cara pengambilan breakfast dengan cara yang mudah dan lebih berkhasiat. Dari sarapan mee goreng, nasi lemak, roti canai, teh tarik, milo ais etc kepada Protein shakes iaitu ESP shaklee.

MomyMez kurangkan pengambilan gula sebab yalah yang manis-manis ni memang sedap je selalu nak telan tapi masalah kesihatan pun manis juga menyinggah. Takutt!😁

Dan momyMez juga ada buat Intermittent Fasting (IF), memang membantu dan sangat mudah nak buat. Sesuai sangat bagi anda yang susah nak berdiet.

Yang paling utama ialah,

MomyMez amalkan Set Kurus Shaklee yang memang membantu sangat-sangat dalam penurunan berat badan ni.

Bagi momyMez, makanan tambahan juga sangat diperlukan sebab makanan harian kita belum tentu kita dapat zat nutrisi 100% kan.

Jadi, inilah fungsinya supplemen untuk kita kuruskan badan. Menyokong keperluan nutrisi dan membakar lemak dengan cepat, berkesan dan selamat serta meningkatkan metabolisma tubuh dan membina otot yang sihat.

Baca : Set pantang untuk wanita berpantang sendiri

Yezaaa..

Jadi, anda sudah bersedia mahu turunkan berat dengan gembira? Jom jom..

Boleh hubungi momyMez ok.

Klik -> Hello momyMez

Jom kurus!

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

Leave a Reply