Follow:
Diet Makanan Sihat, TIPS & TRICKS

Bagaimana Indeks Glisemik Bantu Turunkan Berat Badan

Dalam edisi Disember 2014 Kajian Kesihatan Harvard, para penyelidik menyatakan bahawa lemak bukanlah sesuatu yang harus anda risaukan dalam masalah berat badan anda.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa karbohidrat halus serta gula daripada lemak tepu dan yang melekat pada karbohidrat rendah memberi kesan yang buruk untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, sumber protein tinggi dalam diet anda adalah kunci kepada kejayaan menurunkan berat badan.

Apabila berhadapan dengan pilihan karbohidrat, sebaiknya pilihlah makanan yang mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah. Indeks glisemik yang rendah membantu mengawal kandungan glukosa (gula) dalam badan dengan menukarkan gula kepada tenaga.

Mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik akan mendorong kepada kemudaratan kesihatan seperti tinggi gula dalam darah serta insulin dan mendorong anda untuk mengidamkan makan yang lebih manis apabila kadar glukosa anda turun.

Mengikut skala sifar hingga 100 secara umumnya, indeks glisemik 1 hingga 55 adalah rendah, 56 hingga69 adalah sederhana, manakala 70 hingga 100 adalah tinggi (GI). Anda perlu menghindari makanan tinggi indeks glisemik dalam diet harian anda.

Pilihlah makanan yang rendah indeks glisemik yang akan membantu anda mengawal berat badan dan menurunkan berat badan kepada berat badan yang lebih ideal. Makanana rendah glisemik bukan saja bagus untuk menurunkan berat badan malahan ianya juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah gula tinggi dalam darah (diabetis) dan masalah kolestrol.

Makanan yang rendah glisemik menjadi pilihan ramai sekarang kerana ianya sangat mudah untuk dicerna dan diserap oleh tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi indeks glisemik dalam skala 55 atau kurang adalah seperti :

1. Gandum

2. Buah seperti epal, aprikot, strawberi, kiwi etc

3. Sayuran seperti brokoli, tomato, saleri etc

4. Kentang, jagung

5. Susu

6. Daging ayam, lembu, telur

7. Ikan laut

8. Minyak zaitun

9. Soya

Baca : Perbezaan Soya Shaklee (ESP) Dengan Soya Yang Ada Di Pasaran

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

Leave a Reply