Follow:
TIPS & TRICKS

8 Tips Membuang Lemak Dengan Pantas

Bagi yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, akan timbul pelbagai keinginan untuk mencari penyelesaian pada soalan ini..

“Apa cara terbaik untuk membakar kalori?, Bagaimana nak turunkan berat berlebihan yang merisikokan diri pada pelbagai penyakit ni?.”

Bukan susah untuk kita memulakan sesuatu usaha untuk mengatasi masalah berat badan, dan bukan juga mudah untuk kita istiqomah untuk terus melakukan usaha yang kita mulakan itu tadi. Seperti yang kita tahu, senaman bukanlah perkara mudah untuk kita lakukan berterusan, kerana kita sangat perlukan usaha yang banyak dan konsisten. Jadi, disini momymez nak kongsikan beberapa cara yang membantu untuk bakar kalori sehingga 6 kali lebih banyak kalori. Wooww kan! 😀

1. Berjogging

Jogging membantu dalam membakar kalori dengan cepat tau. Anda akan membakar 5-6 kali lebih banyak kalori jika anda berjogging. Untuk permulaan, mungkin anda tak dapat nak berjoging dengan tempoh yang lama tapi kejap-kejap saja. Tidak mengapa, apabila anda konsisten lakukannya, insha Allah tahap metabolisme anda akan lebih tinggi dan menjadikan aktiviti berjogging anda lebih santai dan bersemangat.

2. Regangan

Untuk dapatkan otot yang lebih fleksibil, regangan merupakan pilihan yang terbaik. Apabila anda melakukan aktiviti tanpa melakukan regangan, senaman anda tak akan sempurna. Sebab dengan regangan, otot anda akan menyokong lebih kuat sepanjang anda melakukan senaman dan membantu kekalkan otot-otot sebaiknya.

3. Lompat tali

Aktivivi lompat tali ni sangat seronok tau. Dulu masa masih dalam alam persekolahan, momyMez dan kawan-kawan akan bermain lompat tali ni. Seronok tak terkata..Hehehe..Biasalah kanak-kanak riang. 😀 Aktiviti lompat tali ni mampu membantu anda membakar 13 kalori seminit. Kalau bersenam selama 30 minit bersama lompat tali, anda boleh membakar sehingga 195 kalori. Best kann..

4. Pengambilan air kosong

Meminum air mampu meningkatkan metabolisme kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Kajian menunjukkan bahawa pada orang dewasa muda meminum 17 auns yang sama dengan 500 ml air meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 24-30%.

5. Squat

Squat adalah cara yang baik untuk membakar lemak dari badan yang lebih rendah dan menurunkan berat badan dalam masa beberapa bulan. Bagusnya cara ni sebab tak perlu pun apa-apa peralatan dan sangatlah boleh dilakukan dimana-mana tempat termasuk rumah anda. Woww!

6. Tidur yang berkualiti

Orang-orang yang betul-betul mendapatkan tidur yang berkualiti dan tidur pada waktu yang tepat dan bangun awal akan sentisa berasa segar. Untuk membakar 5000 kalori sehari, anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tempoh tidur. Jadi, dah boleh nampak kan bertapa pentingnya tidur ni dalam membantu proses penurunan berat badan.

7. Berenang

Berenang merupakan cara terbaik untuk membakar kalori anda. Ianya mampu membantu anda membakar 500 hingga 1000 kalori sejam tau. Tahu tak, berenang dalam air yang sangat sejuk tidak berkesdan untuk membantu anda membakar kalori seperti yang momymez katakan tadi. Jadi, pergilah berenang dalam air yang suhunya biasa sahaja.

8. Berjalan atas trademill

Secara umumnya, trademill ni adalah untuk berjalan, berlari atau mendaki ditempat yang sama. Melakukan ativiti seperti itu diatas trademill adalah sangat-sangat mebantu anda untuk membakar kalori. Ini adalah cara yang sempurna untuk mengurangkan berat badan. Anda perlu membakar 3500 kalori untuk kehilangan satu paun lemak ya. Oleh itu, mulailah berjalan di atas treadmill sekurang-kurangnya 30 minit dalam rutin anda dan anda akan mula melihat keputusan serta-merta.

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

  • Reply Diana

    tq tipsnya

    May 17, 2018 at 1:19 am
  • Reply suhanah muslin

    wow bagus tips ni..tq

    May 17, 2018 at 10:29 pm
  • Reply Eva Matt's

    Mau amalkan tips ni, jom kurus secara sihat

    May 17, 2018 at 11:06 pm
  • Reply Maglynna

    Oh memang sesuai ni utk yg mau kurus dgn selamat.

    May 18, 2018 at 12:02 am
  • Reply Nija

    Tips yang bagus ni untuk pagi raya

    May 20, 2018 at 7:41 pm
  • Reply Saheera

    Tq sharing🖒

    May 20, 2018 at 9:27 pm
  • Leave a Reply