Follow:
TIPS & TRICKS

7 Makanan Bantu Kuruskan Badan

Walaupun tidak ada makanan ajaib yang boleh menurunkan berat badan dengan segera tapi terdapat beberapa makanan tertentu yang boleh membantu anda kuruskan badan anda sehingga mendapat berat ideal yang anda inginkan.

Kebanyakan makanan yang disarankan untuk turunkan berat mempunyai kandungan sama seperti serat yang tinggi dan sumber protein terbaik etc supaya proses menurunkan berat badan anda lebih lancar.

Terdapat beberapa makanan yang terbaik untuk membantu anda dalam proses menurunkan berat badan dengan sihat. Ianya lebih memudahkan anda untuk mencapai matlamat dalam proses menurunkan berat badan.

#1 TELUR

Telur kaya dengan protein berkualiti tinggi, lemak dan nutrien penting, seperti vitamin D dan kolin. Ia adalah protein yang mudah untuk kita dapatkan dan sekali gus membantu anda untuk penurunan berat badan.

Mengambil sarapan pagi yang berprotein tinggi mampu menggalakkan penurunan berat badan anda, kerana protein bantu tingkatkan rasa kenyang yang cepat dan memberikan rasa kenyang tahan lama sekaligus mengawal selera makan anda.

Satu kajian mendapati bahawa makan telur untuk sarapan membuatkan kita lebih bertenaga berbanding mereka yang tidak mengambilnya setiap hari.

 

#2 AVOCADO

Kaya dengan asid lemak , serat makanan, kalium dan fitokimia.Walaupun avocado mempunyai kalori yang tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain, namun gabungan lemak dan serat didalamnya mampu menurunkan berat badan anda.

 

#3 YOGURT

Yogurt adalah protein kaya dengan probiotik baik untuk kesihatan usus dan boleh membantu usaha mengurangkan berat badan anda. Kesihatan usus anda boleh memberi kesan kepada berat badan anda, dan memakan lebih banyak serat dan probiotik sangat membantu untuk menjaga bakteria baik dalam usus anda menjadikan metabolisme anda lebih baiki

Menurut penyelidikan dari Appetite mendapati bahawa penggunaan yogurt dikaitkan dengan selera makan yang berkurangan dan memberikan rasa kenyang yang lama.

Elakkan mengambil yogurt yang mengandungi gula seperti yogurt yang berperisa kerana ia hanya akan menambahkan kalori yang kita ambil. Hanya yougurt plain yang disarankan.

 

#4 KACANG

Semua kacang mempunyai serat yang tinggi, ini merupakan ‘sahabat’ anda ketika dalam proses kuruskan badan sebagai snek yang akan membuatkan anda rasa kenyang dan mengawal rasa lapar sepanjang proses diet anda.

Memakan kacang juga baik untuk kesihatan termasuklah menurunkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol LDL dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kacang mempunyai kalori yang rendah dan merupakan sumber protein juga.

 

#5 BUAH-BUAHAN

Ada kalanya buah akan menjadi kurang elok kerana mengandungi gula secara semulajadi. Tetapi dengan memakan buah ianya boleh membantu anda menurunkan berat badan, terutamanya apabila anda mengambil buah segar berbanding yang diproses atau makanan ringan yang tidak sihat.

Mengambil buah segar semulajadi akan memberikan tubuh kita mendapat serat dan antioksidan yang baik untuk tubuh badan anda.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition mendapati bahawa pengambilan buah yang banyak boleh mengurangkan risiko mendapat berat badan berlebihan atau obes, tanpa pengambilan sayur-sayuran atau serat. Jadi mengambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat secara keseluruhannya adalah strategi terbaik.

 

#6 IKAN SALMON

Salmon adalah sumber yang kaya dengan protein berkualiti tinggi dan mengandungi banyak lemak “baik” iaitu asid lemak omega-3.

Diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 membantu mengawal nafsu makan, dan sambil diet anda juga boleh  merasa makanan yang lazat dan sihat.

Tidak boleh disangkal bahawa asid lemak omega-3 sangat bagus untuk menurunkan berat badan yang berlebihan, dimana ianya membakar lemak jahat dan mengawal tahap kolestrol yang baik.

 

#7  BADAM

Badam adalah sumber serat yang sangat baik, dan tinggi protein. Mengambil makanan yang mengandungi serat dan protein dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama sekaligus membuatkan anda terhindar dari mengambil snek yang tidak sihat.

Ianya kaya dengan vitamin E dan sumber lemak baik untuk kesihatan jantung, badam merupakan pilihan yang baik untuk dijadikan hidangan sampingan atau ditaburkan pada salad anda.

Sangat mudah dibawa bersama untuk dijadikan snek, simpan dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam beg ketika berjalan diluar. Best kan!

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply