Follow:
TIPS & TRICKS

5 Senaman Mudah Dilakukan Dirumah Untuk Beginner

Mudahnya bersenam dirumah. Banyak sebenarnya senaman yang boleh kita lakukan dirumah tapi masih belum bertindak kann. Yang sudah bermula melakukan senaman tu tahniah momyMez ucapkan kerana itu salah satu langkah anda ke arah gaya hidup sihat.

Jadi, disini momymez mahu kongsikan untuk anda yang baru nak mulakan senaman (beginner) dan ianya boleh dilakukan dirumah dan tidak memerlukan peralatan. Menarik kan! Macam momyMez ni lah, berkerja dari rumah ni kan ada masanya blur nak buat senaman apa sebab banyak benda nak kena buat dengan anak dan suaminya lagi,rumahnya lagi kan,bisnes onlinenya lagi. lagi.. Eh! Hihihi

Kalau anda sudah berasa selesa dengan senaman ni, bolehlah diulang dari mula ye dan rehat sekejap dalam 20saat yang singkat, seterusnya ulanglah seberapa kerap yang mungkin. Sebab bila kita selalu melakukan senaman dengan lebih aktif dan konsisten, insha Allah badan kita akan jadi fit dengan lebih mudah.

Jangan lupa! Pastikan untuk memanaskan badan sebelum melakukan apa-apa senaman tau. Cuba beberapa gerakan pemanasan badan untuk mendapatkan kadar degupan jantung anda dan aktifkan otot yang diperlukan untuk senaman.

SENAMAN #1 : PUSH UP

Senaman ini mensasarkan bahagian badan atas, terutamanya dibahagian dada dan bawah lengan.

Ya..Bukan semua orang boleh menyokong berat badan pada mulanya. Tapi dengan versi ini ia akan membantu mengurangkan beban anda supaya boleh tingkatkan kekuatan badan anda secara berkesan.

  • Versi Top Table
  • Versi push up menggunakan lutut

SENAMAN #2 : SQUATS

Senaman ini lebih fokus pada bahagian pinggul, betis, dan peha bahkan dapat menguatkan otot bahagian ini. Squats dapat membantu meningkatkan keseimbangan dan koordinasi, serta kepadatan tulang.

Berdiri dengan kaki llebih lebar sedikit daripada lebar bahu, pinggul sekata atas lutut dan lutut di atas buku lali.

Ulang sebanyak 10 sehingga 15 kali atau seberapa mana yang anda mampu lakukan.

Ulang sebanyak 10 sehingga 15 kali atau seberapa mana yang anda mampu lakukan.

SENAMAN #3 : LUNGES

Senaman ini sangat bagus untuk mengaktifkan semua otot terumata pinggu dan paha!

Kadang-kadang keseimbangan boleh menjadi masalah di sini. Tetapi anda boleh cuba cara ini dengan memegang kerusi atau dinding untuk permulaan.

Ulang sebanyak 10 sehingga 15 kali atau seberapa mana yang anda mampu lakukan.

SENAMAN #4 : TRICEP DIPS

Senaman ini menyasarkan bahagian belakang tangan anda . Untuk melengkapkan senaman ini, anda akan memerlukan bangku, kerusi atau sesuatu permukaan yang tinggi, kukuh dan datar.

Ulang sebanyak 10 sehingga 15 kali atau seberapa mana yang anda mampu lakukan.

SENAMAN #5 : PLANK

Ini merupakan senaman berat badan yang sederhana tetapi berkesan. Meletakkan tubuh anda untuk menjadi lebih kuat terutama pada teras-otot yang menghubungkan bahagian badan atas dan bawah, serta bahu, lengan, dan pinggul.

Tahan badan selama 20saat. Sekiranya anda sudah biasa dan selesa, anda boleh tingkatkan lagi dengan menahan badan dan nafas tanpa gerakan selama yang boleh.

 

Ini antara senaman yang anda boleh lakukan dirumah dengan mudah secara ringkasnya. Dapat membantu anda kurangkan berat badan dan menjadikan tubuh badan anda lebih fit.

Mudah saja kan..

Semoga bermanfaat.

Selamat Mencuba!

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply