Follow:
    KURUS & SIHAT

    Tips Kurus Dengan Cepat dan Mudah untuk Ibu Bersalin Berpantang

    Hari ini momyMez ingin kongsikan cara kurus dengan cepat dan mudah istimewa buat buat ibu-ibu yang bersalin atau berpantang tidak kira secara normal atau pembedahan. Tips ini juga boleh digunapakai untuk kuruskan peha dan pipi, double chin sekaligus kempiskan perut.

    1.)SUSUKAN BAYI

    Ibu yang menyusukan bayi selepas bersalin ni memang cepat slim, sebab tu usahakan lah untuk memberikan susu ibu buat bayi anda. Kalau ibu rasa susu ibu cepat drop boleh atau sikit saja, cepat-cepatlah cari petua banyakkan susu ibu, kalau momyMez lebih cadangkan untuk ambil set berpantang yang sekaligus fungsinya seperti set menyusu terus.

    2.)PAKAI BENGKUNG

    Ini memang ramai ibu bersalin yang malas pakai bengkung kan.., antara sebabnya rimas, susah nak pakai balik selepas ke toilet.. Ya.biasalah macam-macam alasan. Tapi kalau mahu kembalikan tubuh badan kurus macam anak dara itu, tolongkah insaf dan rajinkan diri memakai bengkung ya. Hehe.. Carailah bengkung yang mudah untuk kita pakai dan buka sendiri, sekarang ada banyak pilihan dijual dipasaran. Sebelum nak pakai bengkung tu, letak minyak panas yang selesa diperut supaya lagi cepatlah kuruskan perut tu.

    3.)JAGA PEMAKANAN

    Ok bab ni memang ada ada beberapa ibu berpantang yang tidak berpantang sepenuhnya makanan ni. Elakkan makanan bergoreng sepanjang tempoh berpantang tu, ambil yang dimasak dengan cara kukus, rebus atau bakar sahaja. Bagus untuk luka bersalin dan seterusnya dapat elak lemak tidak sihat dalam badan.

    4.)PENGAMBILAN AIR DAN JUS

    Mommies pengambilan air kosong atau jus ni sangat penting,bantu atasi masalah sembelit juga ni.dan kalau mahu minum air yang ada rasa sedap. Sila minum jus dan bukannya kafein. Sebolehnya kurangkan kafein untuk bantu penghasilan susu ibu yang berkualiti dan bantu pulihkan tenaga selepas bersalin, dan tolonggg elakkan ais., lebih baik ibu minum air suam je daripada ais tu okay..

    5.)BERTANGAS DAN BERURUT

    Aktiviti ni paling momyMez suka..seronoknya dapat bertangas dan berurut..untuk berurut masa bersalin kedua-dua anak momyMez, suami carikan tukang urut yang memang khas untuk mengurut ibu bersalin dan berpantang yang sudah berpengalaman lebih berpuluh tahun dan bertangas pula ibu momyMez sendiri yang sediakan untuk anaknya ini.Hihi.. Memang akan buat badan kita lebih segar dan ringan bila buat ni. Bertangas dan berurut ketika berpantang sangat bagus untuk melancarkan darah, buang angin dalam badan dan mebuang toksin melalui peluh. Haa..best kan..

    6.)PENGAMBILAN VITAMIN

    Vitamin ni sangat penting tau ibu.. Lepas kita bersalin, doktor juga akan bagi kita vitamin kan untuk dibawa pulang dan kena habiskan makan. Tapi bagi momyMez sendiri, lebih cadangkan ambil vitamin set berpantang (klik disini) yang boleh di ambil sejurus selepas keluar dari labour room atau ketika menunggu waktu untuk melahirkan. Memang berkesan turunkan berat badan! Berkilo-kilo berat turun tau. Boleh sangat dapat bentuk badan yang cantik dan ideal walaupun sudah ada anak..

    Bukan itu saja, luka pun cepat sembuh, emosi pun terkawal elak meroyan, ibu lebih bertenaga, dapat bantu juga memeriahkan dan pekatkan susu ibu, serta pulihkan tubuh sebabnya banyak urat-urat putus kan dan bonus kulit cantik!

    Untuk ibu-ibu yang sedang atau bakal berpantang tidak lama lagi, bolehlah amalkan tips momyMez ini. Boleh kurus cepat. Bagus untuk ibu dan bayi juga ni. Selamat menjalani saat-saat indah bergelar ibu..

    Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Jemputlah share untuk ibu-ibu yang lain juga😁

    Terima kasih.

    MomyMez,

    Ibu anak 2 (buat masa ni..hihi)